Show Mobile Navigation
Latest In

Tuesday, November 11, 2014

DOWNLOAD PERCUMA! PAKEJ LENGKAP TEMUDUGA KERJA

Unknown - 1:34 AM
   


  AMARAN!! Teknik Rahsia Yang Anda Akan Dapat Sebentar lagi Boleh Mengubah Dari Gagal Temuduga Kepada Berjaya dengan Jayanya! 

 Tapi sebelum itu, adakah anda tergolong dalam kategori ini?
Sudah 10 Kali Temuduga Masih Gagal 
Saya tak Pandai Buat Resume POWER 
Keputusan Saya Bagus Tapi Masih Gagal Dalam Temuduga

  ☛ Jika YA, inilah yang boleh membantu anda.. Memperkenalkan "Pakej Lengkap Temuduga Kerja"

   

 ☛ Terdapat 4 eBOOK Panduan di dalam pakej lengkap temuduga kerja ini, bertajuk:
✔ Kunci kejayaan Mencari Kerja 
✔ Panduan Persediaan Temuduga 
✔ Panduan Resume Yang Cemerlang 
✔ Teknik Efektif Mencari Kerja

4 eBook ini MAMPU membantu anda mendapatkan pekerjaan yang anda impikan! Dengan pendedahan Kunci Kejayaan, Persediaan Temuduga, Resume Cemerlang dan Teknik Efektif mencari kerja, insyaallah anda bakal berjaya.   

 ☛ Berapa Harga Pakej Lengkap ini?   

 Harga Panduan ini hanya Rm100 - tapi bagi promosi kali ini, Saya hanya ingin memberikannya PERCUMA kepada anda! 

 ================== 
YA... PERCUMA AJE! 
================== 

 ☛ Tapi hanya untuk 123 orang yang terpantas sahaja. 
☛ Orang yang ke 124 saya terpaksa jual dengan harga sebenar.   

 ☛ ANDA BOLEH MUAT TURUN PERCUMA DI
--> http://sifu.im/pakejlengkaptemuduga/ 

  

Thursday, October 9, 2014

5 Pemimpin Dunia Paling Boros Menurut Media Indonesia

Unknown - 1:40 AM
Setiap pemimpin negara pasti mendapat fasiliti serba mewah.Bahkan mereka mendapat layanan terbaik tak kira masa dan dimana mereka berada.

Namun tidak semua pemimpin negara bijak membelanjakan wang negara untuk keperluan mereka.Mereka seringkali terjebak dengan kehidupan penuh dengan kebendaan dan membelanjakan uang negara membeli barang mewah sedangkan rakyatnya masih kelaparan.

Bukan itu sahaja,ada diantara mereka yang merayakan ulang tahun dengan berfoya-foya hingga menghabiskan wang jutaan ringgit.

Siapakah pemimpin negara yang boros tersebut,ikuti ulasannya oleh portal Merdeka.com.



1. Robert Mugabe (Presiden Zimbabwe)


Presiden Zimbabwe,Robert Mugabe dijangka bakal merayakan ulang tahunnya ke-90 tahun ini dengan membelanjakan sekitar 11.8 Milyar Rupiah(RM 3.13Juta).

Rancangan itu dikecam kerana keadaan negara yang sedang mengalami krisis kewangan, banyak pengangguran dan pertumbuhan ekonomi yang lambat, seperti diulas akhbar the Guardian, Rabu (19/2).


Mugabe disenaraikan sebagai pemimpin negara tertua di Afrika dan kedua di dunia setelah Presiden Israel Shimon Peres. Pada perayaan ulang tahunnya tahun lalu Mugabe membahagikan syiling emas dan dia menerima hadiah kek hari jadi seberat 89 kilogram.

"Sangat tidak pantas merayakan ulang tahun pemimpin negara dengan kemewahan berlebihan ketika rakyat sedang mengalami banjir dan ekonomi memburuk," bidas Dewa Mavhinga, pemerhati di lembaga pembela hak asasi (Human Right Watch).




2. Dato' Sri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia)



Majalah the Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang perbelanjaan boros perjalanan ke luar negeri Perdana Menteri Najib Razak dan bayaran perunding peribadi. Dalam kunjungan ke luar negeri Najib juga kerap mengajak isterinya menaiki jet peribadi.

Menurut the Heat, sejak Januari hingga Oktober 2013 Najib tercatat menghabiskan dana sebesar RM 7.2Billion untuk membayar perunding peribadi, seperti dilaporkan freemalaysiatoday.com, dua bulan lalu.

Untuk makluman,pemimpin menyewa perunding peribadi bagi memberi pandangan mengenai pelan pembangunan negara.



3. Silvio Berlusconi (Bekas Perdana Menteri Itali)


Bekas Perdana Menteri Italia Silvio Berlusconi pernah menghabiskan RM 12.8Juta tunai untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan pengacara televisyen yang menyukainya pada 2011. Berlusconi juga didakwa membeli perhiasan senilai RM 1.5Juta untuk membeli hadiah untuk diberi kepada pengampunya.

Laporan dari akhbar La Repubblica pernah menyatakan pada Januari 2007 hingga Juni 2008 Berlusconi membayar senilai RM 73.1Juta kepada rakan-rakan dan teman sejawatnya, termasuk rakan politik, staf peribadi dan kakaknya Paolo, seperti dilapor akhbar the Guardian, 2011 lalu.

Total wang dihabiskan Berlusconi buat para perempuan muda di sekelilingnya mencapai RM 11.6Juta .


4. Kim Jong-Un(Pemimpin Korea Utara)


Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un mempunyai hobi membeli barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater pwribadi berkapasiti 1.000 orang.Berita itu didokumentasikan dalam Penyelidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap catatan hak asasi Pyongyang.

Terkenal atas gaya hidup mewahnya, Kim mengambil alih rejim pemerintahan Korea Utara dari ayahnya, Kim Jong-il, pada 2012, seperti dilapor surat kabar the Daily Mail, Khamis (20/2).

Di tahun itu, laporan kewangan PBB setebal 374 mukasurat mendapati perbelanjaan Kim Jong-un untuk barang-barang mewah mencapai 600Juta USD hanya dalam setahun. Ini dua kali ganda lebih banyak dari pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu hampir 250Juta USD dalam satu tahun.

Setelah melakukan penyelidikan selama satu tahun terhadap negara itu, laporan PBB itu menemukan barang mewah diimport ke Korea Utara, termasuk puluhan kereta mewah Mercedes-Benz , puluhan piano, dan sebuah teater peribadi berkapasiti 1.000 orang.

Akhbar the Telegraph melaporkan teater itu akan digunakan oleh rakan-rakan Kim buat menjamin kekuasaannya.

Seorang  bekas pegawai yang melarikan diri mengatakan dalam pengakuannya di pejabat PBB, bahawa Kim menggunakan wang hasil perdagangan gading dari Afrika ke China, dan penjualan alkohol secara rahsia ke negara-negara Islam.

Komen dari bekas pemain bola keranjang NBA asal Amerika Serikat, Dennis Rodman, bahawa gaya hidup Kim setaraf pesta tujuh bintang dengan koktail yang banyak, kapal persiaran mewah dan jet ski di pulau peribadinya, dibuat setelah Rodman mengunjungi Pyongyang pada Oktober tahun lalu. Ini menguatkan lagi dakwaan PBB.

Meskipun saksi PBB yang tegas pada Korea Utara berusaha untuk menghentikan kemasukan barang-barang mewah ke negara itu, laporan tersebut tidak menyiasat bagaimana barang-barang itu boleh diimport ke Korea Utara.

Walaupun Kim hidup dalam limpahan harta benda mewah namun dalam laporan terbaru dari Organisasi Agrikultur Dan Makanan (FAO) pada November lalu menyatakan Korea Utara tetap menjadi satu dari 34 negara miskin di dunia dan memerlukan bantuan dari luar negeri untuk menyara rakyatnya. 

FAO menganggarkan sekitar 2,8 juta orang di Korea Utara berjuang untuk bertahan hidup akibat kekurangan gizi dan kurangnya protein penting dan lemak dalam pola makan mereka.


5. Benjamin Netanyahu(Perdana Menteri Israel)


Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu didapati memborong lilin wangi dan bunga bernilai 24.1Juta USD. Semua itu demi menghias pejabatnya.

Netanyahu memang sedang dikecam kerana sikapnya yang boros. Ini belum termasuk menghias taman dihadapan pejabatnya, seperti dilapor surat khabar Maariv, Disember lalu.

Lelaki peramah dipanggil Bibi ini memang gemar hidup mewah. Tahun lalu dia juga dipalit isu  menyewa jet peribadi seharga ratusan juta USD padahal ketika itu ekonomi Israel sedang merudum.

Walaupun borosnya terlihat jelas di mata namun wakil perdana menteri Israel mengatakan dana ini sudah jauh berkurang dari tahun lalu. "Angka perbelanjaan perdana menteri dan keperluannya sudah jauh berkurang," kata wakil itu.

Sumber - Merdeka.com
Terjemahan - Beritabadass.com

Wednesday, October 8, 2014

Kisah Mengagumkan Pak Cik Tua Berkain Pelikat Yang Kaya Raya

Unknown - 7:11 PM

Cerita asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. 

Ianya mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah.





Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah  dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. 

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq. 

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu. Saya mahu ambil gambar. 

Dia menolak. katanya malu.Saya minta formula. 

Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. 

Bolehkah saya kongsikan?

Kata pakcik tua:

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,



 “Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
 Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.


Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.

Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. 

Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja.

 Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. 

Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.



#13 – Apa lagi..ahaaa..

masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? 

Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? 

Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi. Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..
ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan. Bacalah surah ar Rahman ayat 46,



  “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”


#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… 

Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Pengemis Tua Kantoi Menipu

Unknown - 9:40 AM

Jika anda menemui seorang pengemis di jalanan sudah pasti membuatkan anda simpati dan menghulurkan wang sebagai tanda bantuan kepada mereka.Apatah lagi jika pengemis tersebut merupakan warga emas yang tidak berdaya.

Video ini telah dimuat naik oleh pengguna YouTube TooTallMccaul dengan tajuk: 


"Homeless" Scammer Called Out


"Saya memberikan wanita dalam video ini wang di Penn semalam kerana dia memegang sepanduk "Janda berusia 78tahun memerlukan wang untuk makanan".Tetapi hari ini saya lihat dia memandu sebuah kereta Fiat.Dan saya berfikir dia telah menipu saya"


Tuesday, October 7, 2014

Menteri Sahkan Pendapatan Isi Rumah Naik RM5,919

Unknown - 8:47 PM



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar hari ini mengesahkan kepada Dewan Rakyat bahawa kajian Jabatan Statistik Negara mendapati purata pendapatan isi rumah naik kepada RM5,919 sebulan pada tahun ini.


Pada masa yang sama, katanya, bahawa pendapatan isi rumah meningkat lebih tinggi dari kadar inflasi dengan indeks harga pengguna hanya meningkat dari paras 98.3 kepada 110 sahaja.



Nota Paling Jujur Ini Membuatkan Ramai Orang Kagum

Unknown - 10:01 AM

Bagaimana jika kereta kesayangan anda dilanggar oleh pemandu lain tanpa sengaja? Lebih teruk lagi kalau si pelakunya pula lari menghilangkan diri dan enggan bertanggungjawab? Pasti hati anda sakit tak terkata. Tetapi lain pula yang terjadi pada individu ini.


Dari hati yang nak marah akibat keretanya dicalar bertukar menjadi redha dan sejuk apabila si pelakunya meninggalkan nota kecil yang mengakui akan kesilapannya. Malah, dia juga menawarkan kos gantirugi untuk wanita itu.


Namun, wanita itu memaafkan si pelakunya kerana terharu dengan sikap jujur dan ingin bertanggungjawab. Sikap sebegini wajar dicontohi, bukannya memilih keganasan sebagai jalan bagi menyelesaikan masalah. Adakalanya kebaikan yang ditonjolkan akan dibalas dengan kebaikan yang tidak disangka-sangka.

-Penpatah

Harga Minyak Kita Termurah Di Asia Tenggara

Unknown - 7:46 AM

Dalam ramai-ramai  menteri kabinet di Malaysia, Ahmad Maslan yang dilihat lebih cenderung untuk tampil ke hadapan dengan “kesetiaan” yang tidak berbelah bahagi sebagai perisai mempertahankan asakan daripada rakyat marhaen yang acapkali terkena kejutan dengan dasar dan tindakan oleh kerajaan Malaysia umumnya dan bosnya Datuk Seri Najib Razak amnya.

Ada yang mengatakan lebih diam daripada berbicara. Jikalau mahu berbicara biarlah bermanafaat kepada orang lain tanpa mengelirukan pemikiran pengikut anda. Mungkin Ahmad Maslan ada alasan tersendiri untuk bertindak sebegitu rupa. 

Terbaru, Ahmad Maslan telah menjumpai fakta terbaru yang boleh dikongsikan bersama serta digunakan sebagai senjata dan perisai bagi menghalalkan tindakan pengumuman kenaikan harga minyak baru-baru ini yang mana anda boleh semak kenyataan dan respon balas orang ramai pada paparan di bawah ini, lihat gambar-gambar kajian olhe Ahmad Maslan di bawah :



- Patutkah kita bandingkan dengan negara-negara yang tidak mempunyai simpanan minyak seperti Singapura, Thailand, Filipina contohnya? Adilkah?
     
- Keduanya mengapa perlu tukarkan matawang setiap negara ini kepada matawang Malaysia? Contohnya US$1 = RM3.20. Sepatutnya bandingkan setiap negara itu kepada matawang negara mereka.
- Kepada Ahmad Maslan, anda tahukah harga minyak di Brunei hanya serendah BND0.53 seliter sahaja untuk rakyat Brunei? Jikalau pendapatan rakyat Brunei BND1,500 terbebankah mereka dengan kos minyak tersebut?

- Dan tidak lupa juga, kepada Ahmad Maslan. Di Brunei kerete pendaftaran Malaysia akan dikenakan kadar harga yang minyak yang berbeza BND1.10. Itu cara mereka layan rakyat mereka dibandingkan warga asing di Brunei. Berbeza antara keistimewaan bergelar rakyat Brunei VS warga asing di Brunei. Bagaiamana pula di Malaysia? Ehem….
     
- Dan akhir sekali, Ahmad Maslan mungkin sudah lupa yang mana minyak RON95 yang berkualiti rendah untuk rakyat marhaen mula diperkenalkan di mana harga minyak RON97 diletakkan pada harga yang premium. Masih ingat lagi Ahamd Maslan?


Tidak pasti samada Ahmad Maslan ada masa atau tidak untuk membuat semakan terprinci terlebih dahulu sebelum berkongsi apa yang difikirkan beliau sebagai fakta yang harus dikongsikan bersama follower setia akaun Twitternya. Nah…ini angka yang sebenarnya…

Kepada Ahmad Maslan, harga petrol yang dikatakan turun pada tahun 2009 itu bukan harga RON97, tetapi adalah harga bagi RON95. Sebelum 2009, petrol yang digunakan bagi majoriti rakyat Malaysia adalah RON 97. Pada 2009 bermulanya plan alternatif penggunaan petrol yang lebih murah iaitu RON95, bagi memberikan kepelbagaian kualiti dan harga minyak kepada pengguna kenderaan di Malaysia

Bukan sebab harga turun, tetapi disebabkan petrol yang digunakan itu berbeza



Sejarah Harga Minyak di Malaysia (2006-2014)?

Harap maaf Datuk Ahmad Maslan, anda telah membuat perbandingan yang tidak sepadan…Ini angka sebenarnya melibatkan tempoh antara 2006 sehingga pengumuman terkini harga minyak di Malaysia

  •         28 Februari 2006 : RM1.92 (naik 30 sen)
    •         4 Jun 2008 : RM2.70 (Naik 78 sen)
    •         23 Ogos 2008 : RM2.55 (Turun 15 sen)
    •         25 September 2008 : RM2.45 (Turun 10 sen)
    •         15 Oktober 2008 : RM2.30 (Turun 15 sen)
    •         1 November 2014 : RM2.15 (Turun 15 sen)
    •         18 November 2008 : RM2.00 (Turun 15 sen)
    •         3 Disember 2008 : RM1.90 (Turun 10 sen)
    •         16 Disember 208 : RM1.80 (Turun 10 sen)
    •         1 September 2009 : RM2.05 (Naik 25 sen)

    Minyak RON95 Untuk Rakyat Marhaen Mula Diperkenalkan 2009
    •         12 Mei 2009 : RM1.75
    •         1 September 2009 : RM1.80 (Naik 5 sen)
    •         16 Julai 2010 : 1.85 (Naik 5 sen)
    •         4 Disember 2010 : RM1.90 (Naik 5 sen)
    •         3 September 2013 : RM2.10 (Naik 20 sen)
    •         2 Oktober 2014 : RM2.30 (Naik 20 sen)

    Kepada Ahmad Maslan, buka masalah mahal atau tidak. Masalahnya kenaikan harga minyak dan diesel baru-baru ini akan menyebabkan kesan rantaian yang dahsyat di mana akan digunakan sepenuhnya oleh peniaga dan pengusaha yang benar-benar terbeban dengan kos operasi penrigaan mereka dan tidak lupa juga yang akan mengambil kesmepatan, yang mana akhirnya kos bebanan tersebut akhirnya akan dipulangkan semula kepada rakyat marhaen di sini, di sana dan di situ.

    Previous
    Editor's Choice