Show Mobile Navigation

Tuesday, September 30, 2014

Video Berani Mati Pencuri Motosikal Di Gombak

Unknown - 6:55 PM



Sebuah motosikal telah dicuri oleh sekumpulan lelaki di kawasan parkir yang terletak di hadapan sebuah hotel, Batu Cave berhampiran dengan pasaraya Giant berhadapan dengan lebuh raya MRR2 pada 27 September lalu.



Kejadian tersebut bagaimanapun telah berjaya dirakam oleh CCTV hotel berkenaan. Kejadian tersebut yang dilakukan oleh 4 orang lelaki bermotosikal telah mengambil masa 4 minit untuk mencuri motosikal berkenaan.



Berdasarkan video, kumpulan pencuri tersebut telah datang dengan peralatan yang lengkap yang dipercayai sudah bertujuan untuk mencari kenderaan yang akan dicuri.

Berikut adalah rakaman penuh kecurian motosikal tersebut:






Senarai ATM Yang Digodam Dan Jumlah Kerugian Didedahkan

Unknown - 9:34 AM


Berikut senarai 17 kes Mesin Teler Automatik (ATM) yang digodam dipercayai sindiket Amerika Latin melibatkan bank di cawangan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor Baharu pada minggu lepas, yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun setakat ini tiada pemilik akaun bank melaporkan kehilangan wang mereka.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:    

ATM di Jalan Imbi; 28 Sept; Kerugian RM92,900    

Di Selangor:


    ATM di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya; 27 Sept; Kerugian RM303,000
    ATM di Seksyen 14, Petaling Jaya; 29 Sept; Kerugian RM395,850
    ATM di Dataran Sunway, Petaling Jaya; 29 Sept; Kerugian RM221,160
    ATM di USJ Subang Jaya; 27 Sept; Kerugian RM265,600
    ATM di Kota Damansara; 29 Sept; Kerugian RM285,700
    ATM di Kelana Jaya; 29 Sept; Kerugian belum diketahui
    ATM di Klang; 29 Sept; Kerugian RM150,000
    ATM di Puchong; 29 Sept; Kerugian belum diketahui
    ATM di Shah Alam; 29 Sept; Kerugian RM116,000
    ATM di Kajang; 29 Sept; Kerugian belum diketahui
   
Di Johor Baharu:

    ATM di Johor Baharu; 27 Sept; Kerugian belum diketahui
    ATM di Taman Molek; 27 Sept; Kerugian belum diketahui
    ATM di Batu Pahat; 27 Sept; RM265,000
    ATM di Kluang; 29 Sept; RM288,200
   
Melaka:

    ATM di Melaka Raya; 27 Sept; Kerugian belum diketahui
    ATM di Bandar Hilir; 27 Sept; Kerugian RM232,770

Pengguna Jumpa Tikus Di Celah Sayur AEON Mid Valley

Unknown - 3:41 AM


Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Chiah Yoke Fong semalam telah menggemparkan kita apabila memuatnaik dua keping gambar yang jelas menunjukkan 2 ekor tikus sedang bersembunyi di celah timbunan sayuran.Situasi jijik itu dikatakan dirakam ketika dia membeli-belah di pasaraya AEON Mid Valley.

Chiah Yoke Fong juga mendakwa telah memaklumkan hal tersebut kepada pekerja Bangladesh berdekatan namun reaksi pekerja tersebut amat mengejutkan.Mereka seolah-olah tidak menunjukkan reaksi terkejut atau takut malahan hanya mengarahkan pekerja wanita Melayu pergi melihatnya.

Lebih mengejutkan,mereka tidak mahu melayan arahan Chiah Yoke Fong supaya menelefon pengurus mereka bagi memberitahu akan hal ini.Jika benar dakwaan wanita ini,tentunya pihak AEON patut disiasat oleh kementerian kesihatan soal kebersihan premis mereka.Agaknya dah berapa lama tikus sembunyi disitu?



Monday, September 29, 2014

Aliff Aziz Bakal Dipenjara Kerana Mencuri Telefon Bimbit

Unknown - 10:10 PM

Penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit.
 
Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.
 
Akhbar terbitan Singapura itu turut melaporkan Aliff telah didakwa pada 16 ogos lalu atas kesalahan yang dilakukan.

Video Pencuri Dibelasah Sehingga Membawa Maut

Unknown - 9:45 AM

Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal Ahad.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.



"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.



"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.



Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.



"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.



Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.



Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan.



"Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.




Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.


"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya

Video Berkaitan




Sunday, September 28, 2014

Bapa Gigit Anak Seperti Biawak

Unknown - 9:25 PM
Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana selepas ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.
Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.
Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.

“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit.

Rompak ATM Bermodalkan Kad Sim Telefon Bimbit

Unknown - 8:27 AM
Empat mesin juruwang automatik ATM sebuah bank iaitu dua di di Subang Jaya dan Petaling Jaya serta dua lagi di Johor Bahru digodam rakyat asing dipercayai dari Amerika Latin, menggunakan kad SIM telefon bimbit dan berjaya melarikan hampir RM1 juta, semalam.
Setakat ini polis mengesahkan jumlah wang tunai yang hilang daripada tiga ATM terbabit lebih RM830,000 manakala jumlah kehilangan wang daripada satu lagi ATM di Johor Bahru belum dapat dipastikan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kejadian di Lembah Klang serta di Johor itu dilakukan kumpulan yang sama.
Menurutnya, berdasarkan semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), anggota kumpulan itu mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan wang di mesin ATM menggunakan kad sim syarikat telekomunikasi tempatan sebelum menggodam sistem komputer ATM menggunakan alat khas berteknologi tinggi.
Beliau berkata, suspek membuka mesin ATM menggunakan sekeping kad dipercayai kad sim telefon sebelum menarik mesin ATM ke hadapan.
"Seterusnya suspek menggunakan alat khas untuk menggodam sistem mesin ATM terbabit bagi mengeluarkan wang.
"Kita akan siasat kenapa kumpulan terbabit hanya mensasarkan ATM satu bank sahaja," katanya ketika dihubungi hari ini.

Neelofa Diminta Jawab Isu Ciplak Rekaan Tudung

Unknown - 1:53 AM

Minggu ini dunia seni agak panas dengan tercetusnya pelbagai kontroversi dalam kalangan selebriti tempatan.

Selain isu penyanyi remaja Shila Amzah,24 yang gagal menjernihkan hubungan dengan pihak media Melayu, timbul pula isu pengacara jelita, Neelofa yang dituduh meniru rekaan tudung seorang designer.

Perkara itu tercetus apabila pemilik nama  Noor Neelofa Mohd Noor ini memuat naik video tutorial tudung yang menunjukkan cara menggayakan tudung rekaan syarikatnya di laman sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, selepas tutorial tudung di bawah label Neelofar Hijab itu dimuat naik, seorang individu telah menulis komen mendakwa rekaan tudung tersebut adalah miliknya.

Lebih memburukkan keadaan, selepas komen tersebut ditinggalkan, juara Dewi Remaja 2009/10 ini dikatakan telah menyekat akaun Instagram pemilik rekaan tudung tersebut daripada menjadi pengikutnya.

Rentetan isu ini, pemilik rekaan tersebut tampil membuat kenyataan di sebuah portal berita tempatan dan meminta Neelofa membuat penjelasan mengenai perkara itu.

Malah usaha untuk mendapatkan kenyataan Neelofa ketika majlis tayangan perdana filem Dollah Superstar baru-baru ini gagal, apabila pengacara Meletop ini  bertindak pulang awal tanpa bertemu media.

Mungkin teraju utama filem Lemak Kampung Santan ini ada alasan tersendiri, apa pun, kami turut mengharapkan agar Neelofa tidak terus berdiam diri.

Saturday, September 27, 2014

Umur 10 Tahun Sudah Pakar Buat Bom

Unknown - 9:00 PM


Seorang kanak-kanak yang berperang di sebalik konflik Syria. Kanak-kanak ini bernama Issa , baru 10 tahun!,  jari-jari dan badan kecilnya, mengangkat mortar dan rangkaian peralatan senjata selama 10 jam sehari! .

Issa memasang mortar di kilang senjata yang dikendalikan tentera pemberontak di Aleppo, Syria, Minggu (8/9). Issa mengiikut ayahnya menjadi pekerja yang memasang dan memperbaiki senjata, khususnya mortar beserta alat pelancarnya







Pengutip Botol Guna Wang Simpanan 6 Tahun Untuk Menderma

Unknown - 3:04 AM
Dia hanya bekerja mengutip barangan kitar semula untuk menyara kehidupan, namun warga emas ini mempunyai hati yang mulia apabila sanggup mendermakan wang simpanan RM10,000 hasil titik peluhnya itu kepada Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang dekat Triang, di sini.
Warga emas berkenaan, Tan Ah Moi, 71, mengambil masa selama enam tahun untuk mengumpul wang sebanyak itu hasil menjual kotak, kertas, tin, botol dan plastik yang dikutip dari kedai dan pasar raya di sekitar bandar Kuantan.

Sikap dermawan ditunjukkan Tan membuktikan wang bukan segalanya dan warga emas itu kini menemui kebahagiaan hidup apabila memutuskan untuk tinggal di rumah kebajikan berkenaan bagi membantu penghuninya yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Tan berkata, dia menyara kehidupan dengan mengutip barangan kitar semula sejak 20 tahun lalu dan sepanjang tempoh itu dia mengamalkan sikap berjimat cermat, suka menabung dan tidak lokek membantu mereka yang dalam kesusahan.

Meskipun begitu, sikap pemurah Tan tidak selalunya membawa kebaikan kepadanya apabila mendakwa pernah beberapa kali ditipu pihak tidak bertanggungjawab yang meminjam wang daripadanya, namun gagal membayar semula sehingga dia kerugian ribuan ringgit.


“Saya tertarik dengan keikhlasan rumah kebajikan ini dalam menjaga kebajikan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) secara percuma tanpa mengira bangsa sekali gus mendorong saya mendermakan semua wang simpanan itu,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Katanya, dia berhasrat untuk mengajar penghuni rumah kebajikan berkenaan kaedah yang betul mengasingkan barangan kitar semula sekali gus amalan itu boleh memberikan pulangan lumayan kepada mereka dan rumah kebajikan berkenaan.

“Ramai tidak tahu sebenarnya jika diasingkan dengan betul, barangan kitar semula seperti kertas dan plastik boleh dijual dengan harga lebih tinggi dan peluang ini digunakan untuk membantu penghuni di rumah kebajikan ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang Jamil Karim berkata, Tan bersama anak angkatnya mengunjungi rumah kebajikan berkenaan beberapa hari lalu untuk menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000.

“Selepas mengetahui latar belakang Tan, saya terkejut dan kagum dengan sikap pemurahnya, malah pihak kami berbesar hati apabila dia menyatakan hasrat untuk tinggal di sini selepas mendapat persetujuan ahli keluarganya,” katanya.

Video Jalan Raya Paling Mengerikan Di Lereng Gunung

Unknown - 2:08 AM

Pernahkah anda melintasi sebuah jalan yang paling berbahaya di dunia? Jalanan berbahaya itu berada di laluan Rohtang yang membelah pergunungan Himalaya di ketinggian 3.978 m. Rohtang sendiri dalam bahasa tempatan bermaksud "timbunan mayat" kerana banyaknya orang yang maut ketika melalui laluan tersebut ketika cuaca buruk. Laluan itu menghubungkan lembah Kullu dengan Spiti di Himachal Pradesh, India.

Laluan Rohtang sangat berbahaya namun ada satu titik jalan yang dikatakan sebagai yang paling mematikan di dunia. Jalan itu tepatnya terletak di killar, lembah Pangi, menuju ke Kishtwar. Jalan itu mirip sebuah overdraf yang dipahat di tepian gunung batu.


Saiz jalan yang menakutkan itu hanya cukup dilintasi untuk satu kenderaan tanpa pagar keselamatan sehinggakan kenderan boleh jatuh ke jurang jika tergelincir satu inci sahaja. Maka jika anda naik kereta melintasi jalan itu akan dapat melihat sungai di dasar jurang ketika menjenguk dari jendela.

Kengerian bertambah kerana rendahnya bumbung tebing di atas jalan diapit dinding batuan tajam menonjol. Tidak itu sahaja, jalanan semakin sukar dilalui kerana jalan yang tidak rata dan penuh ketulan batu dengan jalur yang sangat berliku-liku. Ketika cuaca buruk biasanya sering terjadi runtuhan batu yang menambahkan lagi bahayanya jalan ini.

Tidak hairan, bagi orang yang baru pertama melintas di sana harus didampingi penduduk setempat yang sudah familiar. Meski paling mematikan namun jalan Rohtang selalu padat, bahkan sehingga berlaku kesesakan yang panjang. Lihat video di bawah:


Friday, September 26, 2014

Keadaan Seorang Pelajar Selepas Dibaham Harimau

Unknown - 12:24 PM

Baru-baru ini seorang lelaki telah memuatnaik satu video mengerikan dimana seekor harimau sedang membaham seorang pelajar di sebuah zoo terletak di India.Kejadian yang berlaku di sebuah zoo telah menjadi viral apabila video tersebut mendapat hampir 40Juta tontonan dan mendapat pelbagai reaksi masyarakat dunia.

Sangat sadis dan pelajar tersebut telah maut ketika kejadian akibat cedera parah.Berikut merupakan gambar selepas kejadian tersebut






Tiada Permohonan Maaf Dari Pihak Bertanggungjawab

Unknown - 7:01 AM


“Sehingga kini, tiada panggilan telefon bertanyakan khabar mahupun meminta maaf  terhadap apa yang berlaku dari pihak terbabit,” kata ibu kepada Fatin Farah Faradia Yusuf, 20, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang maut dirempuh kereta pensyarah dalam kejadian 18 September lalu.

Nortipah Khalid, 42, berkata setelah seminggu kejadian berlaku, beliau terkilan dan sedih dengan sikap pihak tersebut yang seolah-olah berdiam diri dan tidak menghubunginya.

“Saya tahu yang pergi tetap pergi, namun sekurang-kurangnya hubungi saya  dan meminta maaf. Dia juga mungkin mempunyai anak. Itu yang membuatkan saya sedih,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM melalui Tabung Kecemasan Pelajar, di Kolej Kediaman Mawar, semalam.

Menurutnya, dia  masih terkejut tetapi pasrah menerima takdir bahawa anak sulung daripada tiga beradik itu sudah tiada.

“Kali terakhir saya bertemu Fatin, ketika arwah pulang bercuti Aidilfitri. Tiada sebarang perubahan dan saya baru bercakap melalui telefon seminggu sebelum itu,” ujarnya.


Fatin, maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah universiti berkenaan di dalam kawasan kampus. Mangsa dilanggar ketika berjalan bersama rakannya di kawasan Fakuti Komunikasi dan Pengajian Media.

Penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan Rekreasi itu meninggal dunia kira-kira 7.30 petang, hari sama di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang akibat pendarahan dalaman.

     


Difahamkan kedatangan Nortipah dan keluarga dari Dungun, Terengganu itu bagi mengambil barangan milik arwah Fatin yang menginap di Kolej Kediaman Mawar.

Terdahulu, satu majlis ringkas bacaan doa diadakan, yang turut dihadiri pensyarah dan rakan -rakan arwah Fatin, dari Fakulti Sains Sukan UiTM. Pada majlis itu, Dekan Fakulti Sains Sukan UiTM, Prof Madya Dr Mohd Hanapiah Abidin menyerahkan sumbangan RM7,000 dari HEP UiTM kepada Nortipah.

Selain itu, Nortipah turut menerima sumbangan wang tunai hasil kutipan dari fakulti dan Kolej Kediaman Mawar.

Sementara itu, Pensyarah yang mengajar arwah Fatin,  Muhammad Wafi A Rahman, 30 berkata, Fatin yang digelar 'Dhia' merupakan pelajar yang rajin dan disenangi rakan sekelasnya.

Dalam pada itu, Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Inspektor Mohamad Hafiz berkata, dua individu termasuk pemandu kenderaan yang merempuh pelajar berkenaan telah memberi kenyataan berhubung kejadian itu.

"Polis akan memanggil beberapa lagi saksi dalam waktu terdekat," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wednesday, September 24, 2014

Apple Tarik Semula Kemaskini iOS 8.0.1 Serta Merta

Unknown - 10:40 PM
Seorang peminat Apple menunjukkan iPhone 6 yang berjaya dibeli baru-baru ini
Beberapa hari yang lepas, Apple telah melepaskan kemaskini terbaru iOS 8 versi 8.0.1 kepada pengguna seluruh dunia.Namun setelah beberapa hari mereka membuat keputusan menarik balik kemaskini tersebut apabila mendapat laporan terdapat banyak masalah dihadapi pengguna selepas mengemaskini telefon pintar mereka dengan versi terbaru tersebut.

Ini kali pertama Apple menarik balik kemaskini dari Stor Aplikasi mereka kerana masalah yang timbul.Antara masalah yang dihadapi ialah telefon pintar tidak dapat mengesan rangkaian,pengesan cap jari tidak memberi respon dan juga masalah bateri yang teruk.Semua masalah ini dihadapi oleh pengguna model telefon pintar baru mereka iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 Plus yang dilancarkan baru-baru ini.

Seorang wakil Apple berkata 
"Kami telah menerima laporan berkenaan masalah dihadapi pengguna yang mengemaskini peranti dengan iOS 8.0.1.Kami sedang berusaha menyiasat laporan tersebut dan bakal memberikan informasi terkini secepat mungkin.Dan buat masa ini kami terpaksa menarik balik kemaskini iOS 8.0.1"
Sebuah laman sesawang berpengkalan di Eropah iaitu ZDNet telah menyiarkan beberapa laporan dari pengguna telefon pintar tersebut berkenaan masalah ini. Kebanyakan laporan didapati masalah ini tertumpu di United Kingdom dimana mereka sudah melakukan percubaan dan ternyata benar masalah rangkaian tidak dapat dikesan muncul pada peranti iPhone 6 selepas dikemaskini ke i0S 8.0.1.

ZDNet juga telah memberikan tutorial kepada pembaca mereka untuk kembali ke iOS 8 yang asal supaya masalah tidak berulang dan ternyata ia berkesan.

Kanak-Kanak Raih Pendapatan Hampir 2Juta USD Setahun Melalui Youtube

Unknown - 2:23 AM


Mungkin kita tidak pernah mendengar namanya, namun tanpa kita sedari Evan, 8 dari Amerika Syarikat adalah kanak-kanak paling popular di dunia.


Hanya dengan memuatnaik rebiu permainan kanak-kanak dan ‘video games’ kegemarannya di YouTube, Evan berjaya memperolehi  pendapatan sebanyak US 1.3 juta setahun.

Saluran YouTube Evan turut mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dimuatnaik.

Angka itu meletakkan Evan setanding dengan tontonan yang diperolehi artis antarabangsa yang lain seperti Katy Perry, Madonna serta saluran ESPN.

Namun Evan tidak melakukannya sendirian, kanak-kanak tersebut mendapat pertolongan bapanya, Jared dan kadangkala adik perempuan dan ibunya turut menyertai Evan melakukan rebiu.



Jared yang juga dikenali sebagai DaddyTube memiliki syarikat fotografi dan video produksi sendiri bertanggungjawab menyunting rakaman video Evan.

Menurut laporan Newsweek.com, projek keluarga tersebut dimulakan Jared tiga tahun lepas hanya sekadar suka-suka sehinggalah salah satu video mereka mencapai tontonan sehingga sejuta tontonan.

Semenjak itu, anaknya sering mendapat permintaan untuk membuat rebiu produk permainan kanak-kanak.

Pendapatan yang dimiliki Evan adalah hasil dari jualan iklan di laman YouTubenya.

Kata Jared yang masih bekerja, duit tersebut tidak digunakan untuk menampung keluarganya namun dimasukkan terus ke dalam bank simpanan untuk masa depan anak-anaknya.

Sehingga kini Evan telah memiliki tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvenTubeRAW dan EvenTube Gaming.

3 Kelab Liga Inggeris Yang Berbelanja Besar

Unknown - 2:02 AM


Liga Perdana Inggeris sudah memasuki perlawanan yang ke-6 minggu ini.Macam-macam kejutan yang telah kita saksikan antaranya prestasi Manchester United dan Liverpool yang terumbang ambing dan juga kecemerlangan Chelsea mendahului takhta liga.

Dalam keseronokan menonton setiap perlawanan,ramai yang tidak sedar akan kejutan pada musim ini apabila beberapa kelab yang dahulunya dikategorikan kelab mewah melakukan perbelanjaan yang sedikit berbanding kelab lain.

Disini BBA senaraikan 3 kelab Liga Perdana Inggeris(EPL) yang membuat perbelanjaan besar musim ini bagi memantapkan skuad mereka.








3.Liverpool FC

Liverpool mengejutkan ramai peminat EPL apabila mempamerkan prestasi cemerlang musim lalu menewaskan pasukan gergasi EPL yang lain apabila menduduki tempat kedua liga dibelakang Manchester City.Dengan kehadiran penyerang berbisa Luis Suarez dan gandingannya Sturridge,Liverpool berjaya membelasah kebanyakan pasukan dengan jumlah jaringan yang besar.

Namun pada akhir musim 2013/2014, Liverpool terpaksa melepaskan Suarez kepada Barcelona yang membuat tawaran perpindahan lumayan untuknya.Liverpool terpaksa membeli beberapa pemain untuk mengisi kekosongan antaranya Mario Balotelli.Walaupun berbelanja hampir $117 Juta untuk membawa masuk muka baru,prestasi pasukan tetap tidak memuaskan dan mengecewakan peminat.

Hasil penjualan beberapa pemain memberi pulangan sebanyak $72.87 Juta menyebabkan Liverpool hanya berbelanja $44.13 Juta sahaja musim ini.








2. Arsenal FC

Arsenal yang dikenali sebagai pasukan pengeluar bakat muda nampaknya telah melakukan beberapa kejutan sehingga tersenarai dalam pasukan berbelanja besar musim ini.Arsenal menduduki tangga keempat EPL pada musim lepas dan layak untuk memasuki Liga Juara-Juara Eropah.

Arsenal musim lalu mengejutkan ramai pihak dengan pembelian pemain yang terkenal dengan hantaran lintang berbahaya iaitu Mesut Ozil dengan nilai $42.5 Juta dan seterusnya membeli Alexis Sanchez pula musim ini dengan nilai perpindahan $35 Juta.Prestasi Arsenal buat masa ini amat memuaskan dimana mereka menduduki tempat keempat liga selepas mengharungi 5 perlawanan.







1. Manchester United FC

Menyenaraikan Manchester United dalam senarai kelab berbelanja besar pastinya amat pelik kerana kelab ini sudah bertahun berjaya membawa masuk pemain-pemain handal dengan harga yang murah disamping melahirkan pemain berbakat dari akademi sendiri.Dari zaman Sir Alex Ferguson,jumlah perbelanjaan Manchester United tidak pernah mencecah $50 Juta kecuali pada musim 12/13 dimana beliau mengumumkan persaraannya dan menyerahkan kepada David Moyes.

Manchester United musim lalu melalui zaman kejatuhan mengejut selepas persaraan Alex Ferguson apabila bekerja keras untuk menduduki tangga ketujuh liga,rekod terburuk sejak musim 1990/1991 apabila mereka menduduki tempat keenam liga.Pada musim pertama David Moyes telah berbelanja hampir $67 Juta dengan membeli Maroune Fellaini dan Juan Mata namun hanya menerima pulangan $1 Juta dengan penjualan Scott Wootton.

Musim ini pula dengan kehadiran pengurus baru iaitu Van Gaal,Manchester United mengejutkan dunia apabila berjaya membawa masuk 5 pemain berbakat dan dua daripadanya ialah antara pemain terbaik dunia iaitu Falcao dan Di Maria.

Van Gaal telah berbelanja sebanyak $145.5 Juta manakala menerima pulangan hanya $32.3 Juta hasil penjualan Danny Welbeck,Alexander Buttner dan Shinji Kagawa menyebabkan Manchester United terpaksa berbelanja $113.2 Juta untuk itu.Prestasi Manchester United juga amat mengecewakan pada musim ini apabila hanya mencatat satu kemenangan selepas 5 perlawanan dengan kekalahan besar 5-3 keatas Leicester City baru-baru ini.





Mampukah Manchester United kembali bangkit untuk mencabar takhta liga? Adakah perbelanjaan besar Liverpool dan Arsenal musim ini berbaloi? Sama-sama kita saksikan.

Real Madrid Akhirnya Bersetuju Lepaskan Cristiano Ronaldo

Unknown - 1:10 AM


Pengurusan tertinggi Real Madrid dikhabarkan sudah mencapai kata sepakat melepaskan bintang sensasi, Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan pemain musim panas tahun depan.

Kelab England, Manchester United antara disebut-sebut ingin membawa pulang Ronaldo dan keinginan itu mendapat sambutan positif daripada pihak Los Blancos.

Sebelum ini, El Confidencial melaporkan, Presiden Real Madrid, Florentino Perez belum sedia menjual pemain asal Portugal itu dan menganggapnya antara pemain terpenting kelab.

Malah, Ronaldo sempat melontarkan kritikan berkaitan perbelanjaan kelab yang berlebihan oleh pengurusan, tetapi menegaskan hubungan mereka masih berjalan dalam suasana harmoni.

Bagaimanapun, laporan yang sama turut mendedahkan bahawa pihak Madrid percaya sekarang waktu terbaik untuk melepaskan Ronaldo kerana Los Blancos kini sedang dijerat dengan hutang yang jumlahnya mencapai RM2.5 bilion.

Musim lalu, Ronaldo merupakan nadi utama di sebalik kejayaan Madrid merangkul gelaran Liga Juara-Juara dan Piala Raja Sepanyol.

Tuesday, September 23, 2014

Respon Azwan Berkenaan Perlantikan Azmin Sebagai MB Selangor

Unknown - 4:40 AM


Seperti yang kita sedia maklum, Sultan Selangor telah berkenan untuk melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.Majlis angkat sumpah yang diadakan di Istana hari ini berjalan lancar mengikut protokol khas istana,

Azmin Ali merupakan abang kepada pengacara kontroversi iaitu Azwan Ali dan hubungan kedua-duanya agak kurang baik.Perlantikan Azmin sebagai MB Selangor turut mendapat respon dari Azwan sendiri melalui laman sosial Twitternya.


Tidak diketahui hubungan dua beradik ini sudah kembali normal atau sebaliknya namun sebagai seorang adik,Azwan sudah tentu berbangga dengan pencapaian abangnya itu.

Sanggup Berkorban Kebahagiaan Demi Ibu

Unknown - 4:23 AM
Seorang lelaki warga emas terpaksa melupakan hasratnya untuk berkahwin ketika muda semata-mata mahu menjaga ibunya yang uzur.
Che Ramli Che Osman, 63, berkata, dia pernah terlintas untuk mendirikan rumah tangga, tetapi apabila mengenangkan nasibnya dan keluarga, dia terpaksa melupakan hasrat itu.
Menurutnya, dia yang tinggal di Kampung Sena di sini, pernah dikeji, malah diherdik kerana tidak bergaji besar oleh wanita yang cuba dikenalinya dan dia sedar dirinya tidak seperti orang lain kerana hanya bekerja kampung.

“Dulu ketika berusia 30-an memang saya ingin berumah tangga seperti lelaki lain, tetapi kini segala perasaan itu sudah tiada dan sudah tidak mahu berkahwin.

“Ditambah pula selepas kakak, Norliah Che Osman, 60, berkahwin dan tiada siapa menjaga ibu Chah Hamzah, 86,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sunday, September 21, 2014

11 Rekaan Telefon Bimbit Keluaran Nokia Yang Unik

Unknown - 8:23 PM
Seperti yang diketahui, Nokia pernah mencetuskan fenomena pada satu masa dahulu dengan model-model telefon bimbit keluaran mereka.Nokia menjadi pengeluar utama telefon bimbit dan menjadi jenama yang digemari ramai kerana ketahanannya.

Namun zaman kegemilangan Nokia itu telah berlalu apabila beberapa jenama besar mulai muncul dengan model telefon pintar yang lebih canggih seperti Samsung,Motorola dan Apple.Ini menyebabkan Nokia tidak mahu ketinggalan dan melancarkan beberapa model telefon pintar yang diberi kod Lumia berasaskan sistem Windows Phone.

Namun permintaan tinggi terhadap model telefon yang menggunakan Android menyebabkan Nokia tersungkur dalam persaingan ini dan akhirnya bertindak menjual servis dan perantinya kepada Microsoft.

Disini BBA menyenaraikan 11 model Nokia yang unik dan sangat pelik dan belum pernah dibuat oleh mana-mana pengeluar telefon bimbit ketika itu.

Nokia 3600, 3620, 3650
Nokia E70
Nokia 7600
Nokia N-Gage and QD
Nokia Live 7700
Nokia 7710
Nokia N90
Nokia 7280

Nokia 3250
Nokia N91
Nokia Twist 7705

Next Previous
Editor's Choice