Show Mobile Navigation

Sunday, August 31, 2014

Kanak-Kanak Cuba Untuk Bunuh Kerana Mengganggunya Tonton Kartun

Unknown - 10:47 AM
Seorang kanak-kanak yang berang dengan bunyi bising yang mengganggu rancangan kartun ditontoni bertindak memotong tali abah-abah digunakan seorang pekerja rencam yang sedang melakukan pembaikpulihan.
Liu Mai sedang menggunakan gerudi pada tembok apartmen berkenaan di tingkat lapan dan terkejut apabila melihat Tang Chu, 10, menggunakan pisau untuk memotong abah-abah digunakannya di beberapa aras di atasnya. 
“Saya sedang memasang lampu keselamatan dan tiba-tiba terasa abah-abah digunakan bergerak. 

“Alangkah terkejut saya apabila melihat budak itu memotongnya. Saya menjerit namun tidak dihiraukannya... Memang pengalaman itu terlalu ngeri,” katanya.


Dia terpaksa mengharungi detik cemas selama 40 minit dengan hanya satu tali sementara rakan sekerja berusaha menariknya ke tempat selamat.

Jurucakap bomba berkata, kanak-kanak itu tidak berfikir panjang kerana berang apabila tidak dapat mendengar rancangan kartun kegemarannya di televisyen. 

Bapanya Tang Peng berkata anaknya sudah memohon maaf atas kejadian itu selain menggantikan abah-abah mangsa. 

“Saya juga duduk berbincang dengan anak saya itu dan memberitahunya betapa teruk sikapnya sehingga membahayakan nyawa seseorang,” katanya. - Agensi

Saturday, August 30, 2014

Makan Roti Gula Merah Berintikan Bangkai Cicak

Unknown - 2:59 AM


Seorang pesara sebuah syarikat pengangkutan terpaksa menerima rawatan di hospital akibat mengalami muntah dan cirit-birit selepas memakan roti bersama gula merah yang dipercayai tercemar dan mengandungi bangkai seekor cicak.

Mangsa, Balakrishnan Apu, 60, berkata, dia membeli gula merah itu di sebuah kedai di Jalan Pasar, di sini kelmarin untuk dijadikan hidangan sarapan pagi.

Menurutnya, selepas membuka bungkusan dan menyapu gula ke atas roti, dia terus memakan roti itu.



“Lepas makan sekeping roti, saya ambil sekeping lagi untuk dimakan dan ketika itu baru saya perasan ada bangkai seekor cicak di dalam bungku-san gula berkenaan,” katanya.


Balakrishnan berkata, terkejut dengan penemuan itu, dia segera memuntahkan roti yang dimakannya.

Katanya, kira-kira satu jam kemudian, dia mengalami sakit perut dan terpaksa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan.

"Walaupun perkara itu memudaratkan kesihatan saya, namun saya tidak bercadang untuk mengambil apaapa tindakan termasuk tindakan undang-undang.

“Apa yang saya mahu, syarikat pengeluar gula yang beroperasi di Perak itu dinasihatkan lebih berhati-hati supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Sumber

Friday, August 29, 2014

Pelajar Hamil Tanpa Ayah Kepada Kandungan

Unknown - 4:57 AM

Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.

Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.

Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar.

“Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.

“Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.

Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan.

“Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya.

Thursday, August 28, 2014

Ayda Punca Zul Ariffin Bergaduh Dengan Kekasih?

Unknown - 9:23 AM

Nama pelakon berusia 22 tahun ini menjadi bualan sejak memainkan peranan sebagai Armel Aisya menerusi Rindu Awak 200%.

Pun begitu bukan kerana lakonannya sahaja yang menjadi sebutan sebaliknya hubungannya bersama aktor Zul Ariffin yang merupakan teraju utama drama itu.

Kontroversi tercetus kerana empunya nama Ayda Jebat ini dilihat terlalu mesra bersama pelakon kacak sepanjang mereka berlakon bersama sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat seni tempatan.

Gambar-gambar mesra mereka boleh dilihat di laman sosial Instagram dan Twitter milik Ayda yang kini mendapat perhatian ramai.

Kerana itu, peminat mereka menyuarakan hasrat melihat Ayda dan Zul menjadi pasangan kekasih sebenar bukan lakonan sahaja.

Gara-gara hubungan mesra tersebut juga, pelakon kelahiran Melaka ini dikatakan menjadi punca perbalahan antara Zul dan kekasihnya, penerbit filem astro shaw, Gayatri Su-Lin Pillai.

Berbicara mengenai perkara ini, Ayda memberitahu, dia tidak pernah terlibat dalam hubungan cinta Zul dan Gayatri.

Baginya, hubungan mesra bersama Zul sekadar di dalam lakonan semata-mata.

"Nak kata saya punca mereka berbalah atau bertengkar rasanya tidak betul, sebab saya dan Zul tiada sebarang hubungan.

"Saya sendiri tidak pernah tanya atau ambil tahu mengenai hubungan mereka. Saya tiada masa nak menyibuk hal peribadi orang lain," kata Ayda rapat dengan Zul demi untuk memastikan lakonan mereka menjadi sahaja.


Luah perasaan di Twitter

Dalam pada itu, timbul ura-ura Ayda, Zul dan Gayatri meluahkan perasaan di Twitter mengenai hubungan mereka.

Menurut Ayda, dia tidak tahu menahu sesi luahan perasaan yang dikatakan itu.

Wednesday, August 27, 2014

Alyah Dan Ramli MS Kantoi Duduk Serumah

Unknown - 9:22 PM

Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.
Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.
Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.
Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.
Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.
Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.
Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.
Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin.

Kisah Benar Isteri Curang Dengan Lelaki Di Pejabat

Unknown - 9:46 AM


KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang ber zi na itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetu buhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzi na dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.
Mertua saya mengucap panjang.

Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.

Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN
Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zi na bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana n afsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zi na itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila na fsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranj angnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zi na yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu c a’h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zi n a. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.

Maut Diseret Dalam Perjalanan Menghadiri Konvokesyen Anak

Unknown - 12:20 AM

Hasrat seorang bapa membawa keluarganya menghadiri raptai konvokesyen anaknya tidak kesampaian apabila dia maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya melanggar pembahagi jalan di Kilometer 192 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Omar Biden, 56, tercampak keluar dan diseret sejauh lebih 300 meter oleh sebuah kenderaan lain.




"Ketika kejadian, mangsa dan isterinya Julaiha Abdullah, 47, serta anak mereka dalam perjalanan dari Kamunting untuk menghadiri majlis raptai konvokesyen anaknya, Nur Ainaa Husna Omar, 21, di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) Kedah.


"Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan lalu berpusing 360 darjah hingga menyebabkan mangsa tercampak keluar.

“Selepas mangsa tercampak, sebuah kereta Toyota Innova dari arah belakang dikatakan tak sempat mengelak dan mengheret mangsa sejauh lebih kurang 316 meter dari lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak dan isterinya cedera ringan.

Mohd Radzuan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Sementara itu, saksi kejadian berkata, hujan lebat ketika kejadian hingga dia terpaksa memperlahankan motosikal ditunggangnya.

“Dalam samar-samar, saya lihat ada  sebuah kereta terbabas ke kiri jalan namun saya tidak berhentikan motosikal kerana sudah lewat.

"Namun setelah lebih 300 meter melepasi lokasi kejadian, saya nampak seorang pemandu sebuah kereta MPV berhenti dan lihat sesuatu di bawah keretanya.

“Saya segera perlahankan motosikal dan terkejut melihat satu jasad berada di bawah kereta itu dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Tuesday, August 26, 2014

Wanita Bertudung Kembang Mengamuk Di Laman Instagram

Unknown - 11:31 PM

Semalam telah viral satu gambar yang diambil ketika satu program televisyen TV3 menunjukkan seorang wanita bertudung dengan fesyen pelik dan kembang.Wanita yang dikenali sebagai Aimi Najwa tersebut memakai tudung berwarna biru dengan fesyen yang agak pelik telah dikutuk dilaman sosial Facebook sejak gambar itu di muatnaik semalam.


Semalam keadaan bertambah panas apabila seorang penulis novel terkenal iaitu Nizam Zakaria telah memuatnaik semula gambar tersebut di laman sosial Instagramnya dengan meletakkan 'Kaedahnya' sebagai caption gambar tersebut.


Mungkin dia lupa bahawa dia merupakan seorang 'Public Figure' yang mempunyai ramai follower menyebabkan pemilik gambar tersebut iaitu Aimi Najwa telah memberi komen yang panas di gambar tersebut.Beberapa komen tersebut juga ada yang menyebabkan Aimi dihentam semula apabila mengugut untuk menyaman Nizam,mengutuk wanita yang tidak memakai tudung dan melabel seseorang sebagai ahli neraka.

Komen-komen Aimi tersebut dibalas dengan sindiran oleh pengguna yang lain menyebabkan beberapa komen telah dipadam.Keadaan bertambah panas apabila seorang pengguna Instagram yang menggunakan akaun bisnesnya untuk menempelak kembali Nizam.Di penghujung komen akhirnya lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai bakal suami kepada Aimi tersebut.


Beberapa artis juga dilihat memberikan komen ringkas seperti Elfira Loy dan Nad Zainal.

Pendedahan Ekslusif Kajian Tesis Mengenai Adolf Hitler

Unknown - 9:37 PM



Artikel ini di ceritakan oleh pemilik blog ekoh4ryanto.wordpress.com

Rasa hormat saya pada lelaki agung ini, Adolf Hitler, semoga ada yang meniru jejaknya pada zaman sekarang.

Saya berbual dengan dengan saudara saya yang sedang menyelesaikan tesis PhD-nya. Saya amat terkejut ketika dia menyatakan tesis beliau mengenai Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Lalu saya bertanya,”Sudah tiadakah tokoh-tokoh Islam di dunia ini hingga engkau memilih si bodoh ini menjadi tema tesismu?”

Dia tertawa lalu bertanya apa yang saya ketahui tentang Hitler.

Saya jawab bahwa Hitler adalah seorang pembunuh yang membunuh semuanya dan menganggap bangsa Jerman di atas segala bangsa lain. Lalu dia bertanya darimana sumber saya. Dari TV tentunya, jawab saya. Lalu saya katakan bahawa Hitler membunuh semua manusia.

Kemudian dia berkata,” Baiklah, pihak Inggeris telah melakukan yang lebih keji dari itu. Pihak Jepun juga sama. Namun, mengapa dunia hanya menghukum Hitler dan memburuk-burukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih berwujud hingga hari ini sementara dunia melupakan kesalahan Inggeris terhadap Scotlan, Jepun terhadap dunia dan Afrika Selatan terhadap warga kulit hitam-nya?

Saya lantas meminta jawabannya. Dia meneruskan,” Ada dua alasan :

1. Prinsip Hitler mengenai Yahudi, Zionisme dan proses berdirinya negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk membasmi Yahudi karena beranggapan nantinya Yahudi akan merosakan dunia.

2. Prinsip Hitler mengenai Islam. Hitler telah mempelajari sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan dia telah menyatakan bahwa ada tiga peradaban yang terkuat yaitu Persia, Romawi dan Arab. Ketiganya telah menguasai dunia pada masa lalu. Sementara Persia dan Romawi masih melanjutkan peradaban mereka hingga hari ini, namun Arab hanya bertengkar dengan sesamanya (Lihat sepertimana yang berlaku hari ini). Dia melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merobohkan Peradaban Islam yang dia telah lihat begitu hebat pada masa lalu.

Kerana dia merasa kagum pada Peradaban Islam, dia telah mencetak panduan mengenai Islam dan diedarkan kepada tentara Nazi sewaktu perang, walaupun kepada tentera yang bukan islam.

Beliau juga memberi kesempatan tentara Jerman yang muslim untuk menunaikan sholat ketika masuk waktunya di manapun juga…bahkan tentara Jerman pernah sholat di Lapangan Berlin dan Hitler menunggu hingga mereka menyelesaikan sholat jamaah untuk menyampaikan ucapannya.


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam menyusun strategi…

Dia juga meminta para Syeh untuk mendampingi tentaranya dan mendoakan mereka yang non-muslim dan memberi semangat kepada tentara muslim untuk memerangi Yahudi…

Semua data ini adalah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara saya untuk tesis PhD-nya dan dia meminta saya untuk tidak menambahi apapun supaya tidak menyusahkannya ketika memaparkannya nanti. Dia melarang saya memadukan kajian ini dengan data-data dari internet kerana saya bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Perkara menarik dari Adolf Hitler

1) Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berniat menyampaikan pidato. Dia memerintahkan para penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang agung dari kitab suci, kata-kata ahli filsafat ataupun dari bait syair. Seorang sastrawan Iraq yang tinggal di Jerman memberi masukan ayat Al-Quran yang ertinya : Telah dekat Hari Kiamat dan telah terbelah bulan…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalimat pembukaan dan isi kandungan pidatonya. Memang para ahli tafsir menjelaskan bahwa ayat tersebut bermakna keagungan, kekuatan dan erti yang mendalam.

Hal ini dinyatakan Hitler dalam bukunya Mein Kampf yang ditulis di penjara bahawa segala tindakannya berdasarkan Al-Quran khususnya tindakannya terhadap Yahudi..

2) Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar pimpinan tentaranya yang akan tamat belajar di Akademi tentera Jerman.


” Saya bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan inilah sumpah suci saya, bahwa saya akan mematuhi semua perintah pimpinan tentara Jerman dan pemimpinnya Adolf Hitler, panglima tertinggi, bahwa saya akan selalu bersedia untuk mengorbankan nyawa saya pada bila-bila masa demi pemimpin saya”

3) Hitler pantang meminum arak ketika dia gemetar saat keadaan pasukan Jerman sedang goncang dan berbahaya.

Waktu itu para doktor memintanya meminum arak sebagai ubat dan beliau menolak sambil berkata,

” Bagaimana anda ingin menyuruh seseorang minum arak untuk pengobatan sedangkan dia seumur hidupnya tak pernah menyentuh arak?”
Ya, Hitler tidak pernah menyentuh arak sepanjang hayat…minuman kegemarannya adalah teh celup yang khas…

Kilang Pembuatan Kain Kaabah Di Makkah

Unknown - 9:12 PM

Setiap tahun sehari sebelum hari raya Aidiladha, kain yang menutup Kaabah iaitu Kiswa akan ditukar Kain kiswa lama ini kemudian dibahagi-bahagikan kepada pemimpin negara Islam oleh kerajaan Saudi.

Amalam memberikan kain kiswa kepada orang ramai ini sudah diamalkan sebelum Islam menapak di Mekah. Individu pertama yang menutup kaabah dengan kiswa ialah Raja Yemen, Tuba'a Al-Hemyari

Kaabah diutup dengan kain sutera, jerami dan juga kain koptik mesir. Selama ratusan tahun kaabah akan dilutupi kain bagi menggantikan kain lama yang semakin lusuh. Selepas Islam memerintah Makkah, Nabi Muhammad S.AW tidak menggantikan kain yang menutupi kaabah. Kain kiswa hanya digantikan oleh Rasulullah selepas seorang wanita secara tidak sengaja mengakibatkan kiswa yang sedia ada terbakar apabila membakar setanggi sebagai pewangi kaabah. 

Rasulullah menggunakan kain Yemen (kain sulaman kapas dan bebiri) bewarna putih untuk menutup kaabah. Selepas Rasulullah wafat para Kalifah menggantikan kain kiswa dengan kain koptik Mesir.  Kain koptik mesir digunakan kerana ia disulam dari bulu bebiri yang lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi. 


Ketika zaman Kalifah Umar, sebahagian kain Kiswa yang lama akan diberikan kepada mereka yang menunaikan haji sebagai kain untuk menutup kepala dari kepanasan mentari.

Ketika zaman Kalifah Mu'awya Bin Abi Sufyan, kain kiswa digantikan dua kali setahun. Pada hari Ashuraianya ditutup dengan kain sutera manakala pada bulan Ramadan kiswa digantikan dengan kain koptik mesir. Kain kiswa baru dilemparkan di atas kiswa lama sehinggalah pemerintahan Kalifah Al Mandi dari Dinasti Abassiyah pada tahun 739 Masehi. Beliau khuatir berat kiswa yang terkumpul di atas kaabah akan mengakibatkan ianya runtuh. 

Sejak dari hari itu kiswa lama akan dibuang dahulu sebelum kiswa baru diletakkan. Ketika zaman Kalifah Al Ma'mum (813-833) kain kiswa diubah tiga kali setahun. Pada hari kelapan Dhul-Hijja kain sutera merah bersulam digunakan. Pada hari pertama Rejab kain koptik Mesir digunakan dan pada tanggal 29 Ramadan ianya sekali lagi digantikan dengan kain sutera bersulam. 

Warna kiswa hitam yang kini biasa kita lihat hanya mula digunakan ketika pemerintahan Kalifah An Nasir Dinasti Abassiyah (1180–1225).



Sehingga 1927, kain kiswa dihasilkan di Mesir. Raja Abdulaziz Al Saud kemudian memerintahkan supaya kiswa dihasilkan di Mekah. Kilang pembinaan kiswa dibuka pada tahun 1927 dan sejak dari hari itu kilang yang terletak di Umm Al-Jude, Mekah ini menghasilkan kiswa baru setiap tahun
Kos penghasilan kiswa baru ialah Riyal 17 Juta (RM 14 Juta)

Setiap kiswa mempunyai keluasan 658 m2 dan diperbuat daripada 670 kilogram sutera. Sulaman kiswa turut mengandungi 15 KG benang emas. Ia terdiri daripada 47 keping kain dan setiap bahagian adalah 14 m panjang dan 101 cm lebar.


Kiswa disulam menggunakan mesin moden dan juga tulang empat kerat pekerja kilang bergantung kepada keperluan. Untuk sulaman terperinci tenaga kerja manusia masih diperlukan.

Jadi inilah serba sedikit sejarah kiswa Kaabah. Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha kepada semua umat Islam.

Akhirnya Kemenangan Milik Umat Islam Gaza

Unknown - 6:38 PM
"Semua rakyat Gaza berada jalan raya. Mereka melaungkan takbir dan zikir sempena gencatan senjata jangka panjang yang termeterai antara Hamas dan Israel, petang tadi (malam tadi waktu Malaysia).
Begitulah kata penuntut Malaysia yang belajar di Universiti Islam Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman.
"Rata-rata rakyat Gaza turun ke jalan raya dan berhimpun beramai-ramai sambil mengalunkan takbir serta munajat kepada Tuhan.

"Ada di antara rakyat Gaza yang menitiskan air mata sambil bersujud terhadap gencatan senjata berkenaan. Takbir saling bersahutan sejak lewat petang tadi sebagai tanda kesyukuran.


"Saya juga bersama-sama dengan rakyat Gaza turun di jalanan berhimpun sambil memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.
"Biarpun peperangan kali ini mengorbankan ribuan nyawa, namun kejayaannya begitu manis kerana Israel akur dengan syarat yang diletakkan Hamas. Itu yang paling utama," katanya selepas dihubungi Harian Metro, di sini, awal pagi tadi.

Mengikut maklumat oleh beberapa agensi berita antarabangsa, Israel akhirnya mengalah dalam peperangan dan memberikan persetujuan `gencatan senjata tanpa had' yang sekali gus menamatkan peperangan tujuh minggu di Gaza.

Pegawai kanan Israel memberitahu: "Kami sudah menerima cadangan yang diusahakan oleh Mesir, termasuk menamatkan peperangan ini."

Mesir dalam satu kenyataan di Kaherah mendakwa antara dipersetujui adalah membuka sempadan antara Israel dan Gaza untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Difahamkan, kedua-dua pihak iaitu Hamas dan Israel akan kembali ke meja rundingan sebulan selepas ini.
Next Previous
Editor's Choice